Wednesday, June 22, 2016

Majlis Gotong Royong Makan Perdana RISDA Jajahan Jeli

Pada 31 Mei 2016, bertempat di Pejabat RISDA Jajahan Jeli telah diadakan majlis gotong royong Makan Perdana RISDA Jajahan Jeli bagi meraikan kenaikan pangkat 2 orang kakitangan iaitu Saudara Roslan bin Majid dan Saudara Kamarzaman bin Mat Zin yang mendapat gred G32 pada 15 Mac 2016. Perancangan telah lama dibuat tetapi atas kekangan masa, maka majlis baru dapat dilaksanakan pada tarikh tersebut. Selain itu, ianya bagi meraikan kakitangan RISDA Jajahan Jeli yang bertungkus lumus dalam bertanding di dalam Anugerah Kualiti RISDA Negeri Kelantan dan seterusnya terpilih mewakili Negeri Kelantan dalam 4 kategori iaitu Pengurusan Badan Sukarela Terbaik, Pengurusan Pengembangan Terbaik, Pengurusan Kewangan Terbaik dan Pengurusan Tanam Semula Peringkat Pembangunan TSB Terbaik. Kemenangan dalam 4 kategori ini membolehkan Pejabat RISDA Jajahan Jeli merangkul PT terbaik Negeri Kelantan.


En Bahrudin sedang khusyuk menggulai daging.



Ahli kelab sedang membersihkan perut lembu.



Pegawai RISDA Jajahan Jeli, En Zulkifli Mohamed merangkap 
YDP Kelab menyampaikan sumbangan daging kepada En. Kamarzaman





Monday, June 6, 2016

Kayuhan basikal sempena Karnival Keusahawanan Jeli 2016

Kayuhan basikal sempena Karnival Keusahawanan Jeli 2016 telah diadakan pada 28 Mei 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Gemang, Jeli. Kayuhan ini disertai oleh 10 orang ahli Kelab Sukan dan Rekreasi RISDA Jajahan Jeli dan kakitangan RISDA seluruh negeri Kelantan . Ahli - ahli kelab berjaya menamatkan kayuhan sejauh 30 km dengan jayanya. Semoga aktiviti ini dapat mengekalkan kecerdasan ahli-ahli kelab.




Bergambar setelah berjaya menamatkan kayuhan

Thursday, June 2, 2016

Perlawanan Persahabatan Bolasepak

Perlawanan persahabatan bolasepak di antara RISDA Jeli dan Kelab Pasar Jeli telah diadakan pada 25 Mei 2016. Perlawanan diadakan di padang Politeknik Jeli. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan Kelab Pasar Jeli dengan jaringan 6 - 1. Gol pasukan RISDA Jeli dijaringkan oleh Khairul Ruzaidi. Antara faktor yang dikenalpasti menjadi punca kekalahan bagi pasukan RISDA Jeli adalah ketiadaan beberapa pemain utama yang tidak dapat beraksi disebabkan masalah kecederaan dan berkursus di luar negeri. Dengan adanya perlawanan diharap dapat memantapkan lagi pasukan RISDA Jeli bagi menghadapi pasukan lain dan juga diharap dapat mencungkil bakat bagi mewakili pasukan RISDA bagi peringkat kebangsaan pada masa akan datang.


Bergambar kenangan sebelum perlawanan.



Aksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.


Wednesday, June 1, 2016

Perlawanan sukan kakitangan RISDA Jajahan Jeli tahun 2016.

Perlawanan sukan kakitangan RISDA Jajahan Jeli telah berlangsung pada 15 dan 19 Mei 2016. Acara sukan dan permainan yang terlibat adalah badminton, ping-pong, karom dan dart. Sebanyak 4 kumpulan ditubuhkan dan perlawanan yang terlibat adalah beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.


Perlawanan badminton di Dewan Majlis Daerah Jeli


Perlawanan ping-pong di Dewan Pejabat RISDA Jajahan Jeli


Perlawanan karom di Dewan Pejabat RISDA Jajahan Jeli


Perlawanan dart di Dewan Pejabat RISDA Jajahan Jeli